Thursday, August 29, 2013

SEJARAH PAPN PANGKOR....

Sempena bulan kemerdekaan ni, Jom kita up date skit blog PAPN Pangkor ni.. :)
PAPN Pangkor memulakan operasi pada bulan Mac 2011, kiranya dah hampir 3 tahun la kami beroperasi. Bilangan kanak-kanak yang mendaftarkan diri pada masa tersebut seramai 8 orang sahaja. Tiga pendidik yang mula2 berkhidmat ialah teacher Aishah, teacher Sue n teacher Zahratul.. Pelbagai pengalaman dan cabaran telah dihadapi sebagai pendidik perintis di PAPN ni..Tambahan pula kesemua pendidik berasal dari negeri yang berbeza iaitu Kedah, Selangor dan Perak. Alhamdulillah, pada Jun 2011 teacher Fadzilah yang baru menamatkan KPLI melapor diri ke PAPN Pangkor sebagai Ketua Pendidik. PAPN Pangkor terus beroperasi dengan cemerlang menjadikan kanak-kanak yang menyertai Program PERMATA di PAPN Pangkor pada tahun 2012 adalah seramai 30 orang kanak-kanak iaitu 14 orang kanak-kanak 4 tahun, 12 orang kanak-kanak 3 tahun dan 3 orang kanak-kanak 2 tahun.

Bagaimanapun, pada akhir Disember 2012 teacher Zahratul dan teacher Fadzilah telah berpindah PAPN dan digantikan dengan 2 orang lagi pendidik iaitu teacher Nur dan teacher Wan. Berkat kerjasama 4 tenaga pendidik ini, pada tahun 2013, kanak-kanak yang menyertai program PERMATA di PAPN Pangkor adalah seramai 27 orang kanak-kanak. Nak tengok ape aktiviti menarik yang teacher2 ni buat bersama kanak-kanak comel ni?? Jommm kita tengok gambar di bawah.. :)

                                             Lawatan ke Kota Belanda Pulau Pangkor


Aktiviti membuat topping pizza oleh teacher Wan - 3 tahun

Capan oleh teacher Nur - 3 tahun

 Lawatan ke taman rama-rama Cameron Highland

Riang ria : aktiviti air

 4 Tahun : teacher Sue

 Aktiviti ibu bapa bersama kanak-kanak : senam robik

 Teacher Nur : 3 tahun aktiviti memasak makanan berkhasiat

 Sambutan Tahun Baru Cina 2013


Lukisan alam : 4 tahun

 Cameron Highland 2013



 Haiwan Kesayangan Saya 




Bendera Berkibar


" TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah"... Semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak perlu disemai dari peringkat awal lagi kerana mereka merupakan generasi pemangkin pada masa hadapan. 
Aktiviti memasang bendera Malaysia dan bendera negeri Perak telah diadakan pagi tadi di PAPN Pangkor sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.. Semoga anak-anak PAPN Pangkor membesar sebagai individu yang berjaya dan memiliki jati diri yang utuh sebagai warga negara Malaysia apabila dewasa kelak..Insyaallah :)

Kanak-kanak gembira memasang bendera Malaysia bersama-sama
Membantu Teacher menggantung bendera
Bergambar di hadapan PAPN
Semangat MERDEKA!!! :)