Thursday, September 26, 2013

EKSPEDISI MERDEKA DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Program ini telah berlangsung pada 12 September 2013. Program ini bersempana dengan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos  dan Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16 September. Program  ini diharap membantu memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak sejak di peringkat awal lagi. Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi dengan senam robik yang diketuai oleh Pn. Siti Zaleha. Seterusnya ibu bapa dan kanak-kanak bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Penerangan aktiviti ekspedisi pula diterangkan kepada semua ibu bapa yang terlibat oleh ketua pendidik. Setiap peserta ekspedisi dibekalkan dengan sekeping peta berkaitan tempat menarik yang terdapat di sekitar Pulau pangkor. Peserta perlu menjejaki semua tempat menarik tersebut untuk mendapatkan cop sebagai bukti mereka telah sampai ke semua destinasi yang terdapat di dalam peta. Antara lokasi menarik tersebut ialah Board Building factory, Fu Qing Tample, Happy Cinema, Ancient Well, Fu Lin Gong Tample, Tan Kim Aik’s Noodle House, Tiger Rock, Dutch Fort dan Galeri Pangkor. Dengan mengunjungi tempat-tempat ini, ibu bapa dan kanak-kanak didedahkan dengan sejarah kawasan mereka yang mungkin tidak mereka ketahui sebelum ini.

Selain itu, program ini juga membantu kanak-kanak mengetahui mengenai budaya kaum Cina da Melayu yang tinggal di sekitar penempatan mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak belajar untuk menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia. Persefahaman adalah aspek penting yang perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka merupakan generasi pelapis yang akan menentukan kemajuan negara pada masa hadapan.

                                          Kibar Jalur Gemilang
                                          Cop Destinasi Ekspedisi
                                          Motor Berhias

                                         Ancient Well
                                         Galeri Pangkor

                                         Mee Sua Pangkor
                                            Kota Belanda