EKSPEDISI MERDEKA DAN SAMBUTAN
HARI MALAYSIA
Program ini telah berlangsung
pada 12 September 2013. Program ini bersempana dengan sambutan Hari Merdeka
pada 31 Ogos dan Hari Malaysia yang
jatuh pada tanggal 16 September. Program
ini diharap membantu memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak
sejak di peringkat awal lagi. Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi dengan senam
robik yang diketuai oleh Pn. Siti Zaleha. Seterusnya ibu bapa dan kanak-kanak
bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Penerangan aktiviti ekspedisi pula
diterangkan kepada semua ibu bapa yang terlibat oleh ketua pendidik. Setiap
peserta ekspedisi dibekalkan dengan sekeping peta berkaitan tempat menarik yang
terdapat di sekitar Pulau pangkor. Peserta perlu menjejaki semua tempat menarik
tersebut untuk mendapatkan cop sebagai bukti mereka telah sampai ke semua
destinasi yang terdapat di dalam peta. Antara lokasi menarik tersebut ialah Board Building factory, Fu Qing Tample,
Happy Cinema, Ancient Well, Fu Lin Gong Tample, Tan Kim Aik’s Noodle House,
Tiger Rock, Dutch Fort dan Galeri Pangkor. Dengan mengunjungi tempat-tempat
ini, ibu bapa dan kanak-kanak didedahkan dengan sejarah kawasan mereka yang
mungkin tidak mereka ketahui sebelum ini.
Selain itu,
program ini juga membantu kanak-kanak mengetahui mengenai budaya kaum Cina da
Melayu yang tinggal di sekitar penempatan mereka. Secara tidak langsung
kanak-kanak belajar untuk menghormati kepelbagaian kaum, budaya dan agama di
Malaysia. Persefahaman adalah aspek penting yang perlu diterapkan dalam diri
kanak-kanak kerana mereka merupakan generasi pelapis yang akan menentukan
kemajuan negara pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment